Panduan & Pengiraan Tukar Enjin Kereta

Cara menggunakan calculator ini cukup mudah. 

Hanya masukan jumlah CC enjin baru ke bahagian CC Enjin Baru dan masukan jumlah CC enjin lama ke bahagian CC Enjin Lama di dalam calculator diatas.

Jumlah perbezaan CC akan diberikan secara automatik

Kategori permohonan tukar enjin kenderaan yang perlu mendapatkan kelulusan JPJ adalah seperti berikut :-

  1. Kenaikan Keupayaan Kapasiti (cc) Enjin Melebihi 30% Daripada Enjin Asal
  2. Penukaran Enjin Berlainan Bahan Bakar.
  3. Penukaran Enjin Bagi Kenderaan Perdagangan & Perkhidmatan Awam.
  4. Penukaran Enjin Berlainan Buatan Enjin.
  5. Penukaran Enjin Motosikal.

Senarai Dokumen yang diperlukan

  1. Borang Permohonan Tukar Enjin (JPJTE)
  2. Kad Perakuan Pendaftaran JPJK2 / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  3. Laporan Kastam K1 yang tercatit nombor enjin baru
  4. Salinan Mykad Pemilik kenderaan
  5. Laporan Puspakom Arahan JPJ
  6. Laporan Puspakom Tukar Enjin
  7. Surat pengesahan jual beli antara pemilik berserta JPJK2 / VOC enjin yang dibeli. ( jika berkaitan )
  8. Surat Amanah Raya / Perintah Mahkamah. ( jika berkaitan )

Perlukan bantuan pemeriksaan Puspakom & JPJ untuk tukar enjin? Klik link dibawah

Scroll to Top